Saturday, November 1, 2008

JOTA 2008 - JOTA MALAYSIA PERTAMA


Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Sinar @ Selangor & KL
24 Mei 2008 MS S21

JOTA MALAYSIA PERTAMA 2008

Jamboree On The Air, atau ringkasnya JOTA adalah satu aktiviti komunikasi Pengakap menggunakan radio amatur. Baru-baru ini, seramai 80 ahli pengakap dari Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar dan PPM Daerah Sabak Bernam telah menyertai Jamboree Di Udara (JOTA) Malaysia Pertama pada 17 dan 18 Mei lalu di S.M.K. Sungai Besar.

JOTA tersebut dikelolakan Krew Kelana Komunikasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia manakala di peringkat daerah Sabak Bernam dikelolakan oleh Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Sungai Besar, 9M4CSB. Program sempena 100 Tahun Pengakap Malaysia ini menggunakan isyarat panggilan khas (special callsign) 9M1CSB iaitu “9M1” – Isyarat pengenalan bagi Malaysia, “C” – dalam huruf Roman yang bermaksud 100 bagi mewakili 100 Tahun, “S” – Scout/Pengakap dan “B” – mewakili Selangor iaitu mengikut plat pendaftaraan kenderaan mengikut negeri. Station Master bagi stesen JOTA Pengakap Selangor – Sungai Besar 9M1CSB ialah Encik Abdullah bin Abd. Samad (9M2DS) yang lebih mesra dengan panggilan Pak Dollah.

Peserta berpeluang berkomunikasi dengan menghubungi pengakap dari stesen JOTA Malaysia yang seperti 9M1CSK (Kedah), 9M1CSC (Pahang), 9M1CSR (Perlis), 9M1CSZ (Selangor – Gombak), 9M1CSJ (Johor – Johor Bahru), 9M1SCI (Johor – Segamat) dan 9M1CSF (Johor – Muar). Selain itu beberapa stesen radio amatur dari dalam dan luar negara juga dapat dihubungi antaranya 9M2CIO, 9M2CME, 9M2AU, 9M2ZD, 9M2NAZ, 9V1HO dari Singapura dan YB6PR, YB6QZ, YC5OBB dan YC5SQB dari Indonesia. Melalui getway Echolink 9W2VVH-L 144.825Mhz, beberapa stesen radio amatur dapat dihubungi antaranya 9W2DKG (Perlis) dan 9W2AUR (Melaka). Melalui Local Repeater Brinchang pula dapat QSO dengan 9W2TGA.
Selepas ini, Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar 9M4CSB akan menyertai dua aktiviti JOTA di peringkat antarabangsa iaitu Asia Pasific Regional JOTA pada 2 – 3 Ogos 2008 yang dikelolakan oleh Pengakap Bangladesh dan World Scout JOTA pada 18 – 19 Oktober 2008 akan datang yang dikelolakan oleh Ibu Pejabat Pergerakan Pengakap Dunia di Geneva, Switzerland. Maklumat lanjut boleh berhubung terus kepada Mohd Hussairy Sidek – 019-2585759 atau laman web Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar 9M4CSB http://www.9m4csb.blogspot.com/

No comments: