Wednesday, August 18, 2010

JOTA Rantau Asia Pasifik Ke-6 2010



Seramai 300 pemimpin dan ahli pengakap dari Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar dan PPM Daerah Sabak Bernam telah menyertai Kemporee Pengakap Daerah yang julung-julung kali dilaksanakan melalui kerjasama kedua-dua daerah pengakap tersebut. Lebih bermakna apabila mereka turut dapat menyertai Jamboree Di Udara (Jamboree On The Air – JOTA) Rantau Asia Pasifik Ke-6 pada 6 – 8 Ogos 2010 lalu bertempat di Kem Seri Lang, SBPI Sabak Bernam. JOTA kali ini dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Sebelum ini, JOTA dikelolakan oleh Pengakap Singapura, Bangladesh dan Jepun.

Program selama tiga hari dua malam tersebut dapat memberi peluang kepada para peserta menghubungi pengakap dari dalam dan luar negara menggunakan radio amatur semasa aktiviti JOTA.

Keunikan aktiviti JOTA kali ini adalah penggunaan “Kod-J (J-code)” semasa komunikasi dijalankan. Contohnya, peserta hanya perlu menyebut JWN (disebut Juliet wiskey November) yang membawa makna “nama saya…”. JFC (disebut Juliet Foxtrot Charlie) sebagai “saya dari negara…” Kod-J yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) ini digunakan di seluruh dunia untuk membantu peserta berkomunikasi dengan pengakap lain bagi mengatasi masalah bahasa yang berbeza. Demikian menurut Mohd Hussairy Sidek, Pengurus Stesen JOTA Selangor 1 – 9M4SJB.


Antara stesen JOTA yang dapat dihubungi adalah 9M4SJY – Stesen Ibu Pejabat PPM di Kuala Lumpur, 9M4SJZ – Hulu Selangor, Selangor; 9M4SJH – Balakong, Selangor; 9M4SJN – Port Dicksin, Negeri Sembilan; 9M4SJK – Sik, Kedah; 9M4SJQ – Bintulu, Sarawak, 9M4SJJ – Kulai Jaya, Johor, 9M4CJS – Johor Bahru, Johor, 9M4SJU – Muar, Johor, 9M4SJD – Kota Bharu, Kelantan; 9M4SJT – Seberang Takir, Terengganu dan 9M4SJC – Temerloh, Pahang manakala stesen JOTA antarabangsa seperti 9V1DE – Singapura, V85JAM – Brunei Darussalam dan Indonesia – YC5ZJH, YC5ZJE dan YB6ZKZ.


Tambah beliau, peserta juga berpeluang menyertai aktiviti yang dikenali sebagai “Fox Hunting”. Aktiviti ini menguji kecekapan peserta mengesan kedudukan alat pemancar (beacon) menggunakan antenna khas dan set radio mudah alih sebagai alat penerima isyarat. Di samping itu, peserta juga mempelajari cara dan prosedur menggunakan radio radio amatur dan kemahiran menggunakan alat Kod Morse (Morse Code) dengan menghantar isyarat kecemasan – SOS.

Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini seperti JOTA, Sistem berpatrol, kemahiran penganggaran, kraftangan, ikatan dan simpulan, pionering, gadjet dan malam kebudayaan tersebut dapat meningkatkan disiplin diri, kemahiran berpengakap, menambah keyakinan diri dan meneroka potensi kepimpinan para peserta.

Perkhemahan ditutup rasmi oleh En. Zakiuddin bin Abd. Hamid, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Beliau berkesempatan menghubungi stesen JOTA Pramuka Indonesia.

Disediakan oleh :

Mohd Hussairy Sidek

Penolong Pesuruhjaya (Perhubungan)
PPM Daerah Sungai Besar

Tuesday, August 17, 2010

JOTA MALAYSIA KE-3 2010




Stesen JOTA PPM Negeri Selangor dibuka pada 14 hingga 16 Mei 2010 dengan menggunakan callsign 9M4SJB. Station Master, En. Ibrahim Kadri, 9M2IBR dan Station Manager ialah En. Mohd Hussairy Sidek, 9W2VVH. Stesen JOTA tersebut dikelolakan oleh Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (9M4CSB). Antara operator yang bertugas ialah Ibrahim Kadri 9M2IBR, Hussairy 9W2VVH, Mazzaid 9W2VZD, Din 9W2VND dan SWL Naqib.


Lokasi stesen JOTA 9M4SJB dibuka di Camp Site Kontingen Negeri Selangor semasa Jamboree Pengakap 1 Belia 1 Malaysia di Wetland Putrajaya sempena Sambutan Hari Belia Nasional tahun ini. Peserta Kontingen PPM Selangor seramai 500 orang.


Sepajang JOTA Malaysia Ke-3 ini berlangsung, stesen 9M4SJB telah berjaya menghubungi semua stesen JOTA yang mengambil bahagian seperti berikut :

STN JOTA MALAYSIA BERJAYA DIHUBUNGI :

1. 9M2PPM – PICC PUTRAJAYA

2. 9M4SJZ – WETLAND PUTRAJAYA

3. 9M4SJA – TAIPING, PERAK

4. 9M4SJC – TEMERLOH, PAHANG

5. 9M4SJK – KUALA SALA, KEDAH

6. 9M4CJQ – KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

7. 9M4CMR – MUAR, JOHOR

8. 9M8ST – KUCHING, SARAWAK

Stesen JOTA 9M4SJB telah diberi mandat untuk membantu Stesen JOTA 9M4SJZ yang juga dibuka di lokasi jamboree iaitu menguji dan menandatangi borang aktiviti JOTA seperti menguji penghantaran isyarat kod morse SOS, sebutan abjad menggunakan fonetik antarabangsa, dan QSO dengan stesen JOTA selain menandatangi dua orang pemegang lesen (AA) radio amatur.

Stesen 9M4SJB juga telah berjaya membuat komunikasi dengan Stesen JOTA 9M4SJQ. Ini membolehkan Tuan Haji Mohd Said bin Hj Bolhassan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak berkomunikasi secara langsung dengan pemimpin di Stesen JOTA 9M4SJQ, Kota Samarahan, Sarawak. Tn. Hj. Abdul Kader b. Mohd. Nor, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka turut sama menyaksikan QSO tersebut.



Jumpa lagi di JOTA yang akan datang... 73


Oleh :
Mohd Hussairy Bin Sidek
Pengurus Stesen JOTA Selagor 1 - 9M4SJB
Merangkap
ADC PPM Daerah Sungai Besar (Perhubungan)