Wednesday, August 18, 2010

JOTA Rantau Asia Pasifik Ke-6 2010



Seramai 300 pemimpin dan ahli pengakap dari Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar dan PPM Daerah Sabak Bernam telah menyertai Kemporee Pengakap Daerah yang julung-julung kali dilaksanakan melalui kerjasama kedua-dua daerah pengakap tersebut. Lebih bermakna apabila mereka turut dapat menyertai Jamboree Di Udara (Jamboree On The Air – JOTA) Rantau Asia Pasifik Ke-6 pada 6 – 8 Ogos 2010 lalu bertempat di Kem Seri Lang, SBPI Sabak Bernam. JOTA kali ini dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Sebelum ini, JOTA dikelolakan oleh Pengakap Singapura, Bangladesh dan Jepun.

Program selama tiga hari dua malam tersebut dapat memberi peluang kepada para peserta menghubungi pengakap dari dalam dan luar negara menggunakan radio amatur semasa aktiviti JOTA.

Keunikan aktiviti JOTA kali ini adalah penggunaan “Kod-J (J-code)” semasa komunikasi dijalankan. Contohnya, peserta hanya perlu menyebut JWN (disebut Juliet wiskey November) yang membawa makna “nama saya…”. JFC (disebut Juliet Foxtrot Charlie) sebagai “saya dari negara…” Kod-J yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) ini digunakan di seluruh dunia untuk membantu peserta berkomunikasi dengan pengakap lain bagi mengatasi masalah bahasa yang berbeza. Demikian menurut Mohd Hussairy Sidek, Pengurus Stesen JOTA Selangor 1 – 9M4SJB.


Antara stesen JOTA yang dapat dihubungi adalah 9M4SJY – Stesen Ibu Pejabat PPM di Kuala Lumpur, 9M4SJZ – Hulu Selangor, Selangor; 9M4SJH – Balakong, Selangor; 9M4SJN – Port Dicksin, Negeri Sembilan; 9M4SJK – Sik, Kedah; 9M4SJQ – Bintulu, Sarawak, 9M4SJJ – Kulai Jaya, Johor, 9M4CJS – Johor Bahru, Johor, 9M4SJU – Muar, Johor, 9M4SJD – Kota Bharu, Kelantan; 9M4SJT – Seberang Takir, Terengganu dan 9M4SJC – Temerloh, Pahang manakala stesen JOTA antarabangsa seperti 9V1DE – Singapura, V85JAM – Brunei Darussalam dan Indonesia – YC5ZJH, YC5ZJE dan YB6ZKZ.


Tambah beliau, peserta juga berpeluang menyertai aktiviti yang dikenali sebagai “Fox Hunting”. Aktiviti ini menguji kecekapan peserta mengesan kedudukan alat pemancar (beacon) menggunakan antenna khas dan set radio mudah alih sebagai alat penerima isyarat. Di samping itu, peserta juga mempelajari cara dan prosedur menggunakan radio radio amatur dan kemahiran menggunakan alat Kod Morse (Morse Code) dengan menghantar isyarat kecemasan – SOS.

Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini seperti JOTA, Sistem berpatrol, kemahiran penganggaran, kraftangan, ikatan dan simpulan, pionering, gadjet dan malam kebudayaan tersebut dapat meningkatkan disiplin diri, kemahiran berpengakap, menambah keyakinan diri dan meneroka potensi kepimpinan para peserta.

Perkhemahan ditutup rasmi oleh En. Zakiuddin bin Abd. Hamid, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Beliau berkesempatan menghubungi stesen JOTA Pramuka Indonesia.

Disediakan oleh :

Mohd Hussairy Sidek

Penolong Pesuruhjaya (Perhubungan)
PPM Daerah Sungai Besar

Tuesday, August 17, 2010

JOTA MALAYSIA KE-3 2010




Stesen JOTA PPM Negeri Selangor dibuka pada 14 hingga 16 Mei 2010 dengan menggunakan callsign 9M4SJB. Station Master, En. Ibrahim Kadri, 9M2IBR dan Station Manager ialah En. Mohd Hussairy Sidek, 9W2VVH. Stesen JOTA tersebut dikelolakan oleh Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (9M4CSB). Antara operator yang bertugas ialah Ibrahim Kadri 9M2IBR, Hussairy 9W2VVH, Mazzaid 9W2VZD, Din 9W2VND dan SWL Naqib.


Lokasi stesen JOTA 9M4SJB dibuka di Camp Site Kontingen Negeri Selangor semasa Jamboree Pengakap 1 Belia 1 Malaysia di Wetland Putrajaya sempena Sambutan Hari Belia Nasional tahun ini. Peserta Kontingen PPM Selangor seramai 500 orang.


Sepajang JOTA Malaysia Ke-3 ini berlangsung, stesen 9M4SJB telah berjaya menghubungi semua stesen JOTA yang mengambil bahagian seperti berikut :

STN JOTA MALAYSIA BERJAYA DIHUBUNGI :

1. 9M2PPM – PICC PUTRAJAYA

2. 9M4SJZ – WETLAND PUTRAJAYA

3. 9M4SJA – TAIPING, PERAK

4. 9M4SJC – TEMERLOH, PAHANG

5. 9M4SJK – KUALA SALA, KEDAH

6. 9M4CJQ – KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

7. 9M4CMR – MUAR, JOHOR

8. 9M8ST – KUCHING, SARAWAK

Stesen JOTA 9M4SJB telah diberi mandat untuk membantu Stesen JOTA 9M4SJZ yang juga dibuka di lokasi jamboree iaitu menguji dan menandatangi borang aktiviti JOTA seperti menguji penghantaran isyarat kod morse SOS, sebutan abjad menggunakan fonetik antarabangsa, dan QSO dengan stesen JOTA selain menandatangi dua orang pemegang lesen (AA) radio amatur.

Stesen 9M4SJB juga telah berjaya membuat komunikasi dengan Stesen JOTA 9M4SJQ. Ini membolehkan Tuan Haji Mohd Said bin Hj Bolhassan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak berkomunikasi secara langsung dengan pemimpin di Stesen JOTA 9M4SJQ, Kota Samarahan, Sarawak. Tn. Hj. Abdul Kader b. Mohd. Nor, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka turut sama menyaksikan QSO tersebut.



Jumpa lagi di JOTA yang akan datang... 73


Oleh :
Mohd Hussairy Bin Sidek
Pengurus Stesen JOTA Selagor 1 - 9M4SJB
Merangkap
ADC PPM Daerah Sungai Besar (Perhubungan)


Monday, October 19, 2009

JOTA Pengakap Dunia Ke-52/52nd world Scout JOTA 2009

Sungai Besar - PPM Daerah Sungai Besar telah menyertai Jota Pengakap Dunia Ke-52/52nd World Scout JOTA pada 17 - 18 Oktober 2009 bertempat di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Seramai 60 orang ahli pengakap dan unit-unit beruniform lain dari sekolah tersebut menyertai JOTA kali ini. Turut hadir 10 orang pengakap kelanasiswa dari Politeknik Sultan Azlan Syah, Tanjung Malim. Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar ini menggunakan special event callsign 9M4SJB. En. Ibrahim Kadri 9M2IBR bertindak sebagai Station Master dan Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH sebagai Station Manager

Pada sebelah petang 16 Oktober, Peralatan radio amatur dipasang dan dibuat uji pancar. Stesen pertama yang berjaya dihubungi adalah stesen JOTA dari Pulau Batam iaitu YF5ZZE. Perasmian JOTA pada 17 Oktober 2009 telah disempurnakan oleh En. Mohd Zaini Taha, Exco Majlis Belia Negeri Selangor. Beliau menyatakan sokongan dan keyakinan terhadap aktiviti radio amatur seperti JOTA ini dalam membentuk disiplin para remaja, malah beliau bercadang untuk mengetengahkan aktiviti radio amatur dalam program belia di masa akan datang. Beliau juga sempat melakukan komunikasi radio amatur dengan satu stesen radio amatur di Parit Buntar iaitu Khalid 9M2MM.

Turut hadir ke stesen JOTA tersebut ialah YDP Majlis Pengakap Daerah Sungai Besar iaitu YB Pn Noriah Kasnon, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia sempena Majlis Aidil Fitri PPM Daerah Sungai Besar yang diadakan pada sebelah malam 17 Oktober 2009 itu.

Majlis penutup pula dirasmikan oleh En. Abdul Hamid b Hassan, Pengetua SMK Dato' Mustaffa. Beliau yang juga ahli Majlis PPM Daerah Sungai Besar berbesar hati kerana menjadikan sekolah berliau sebagai lokasi JOTA kali ini dan berbangga dengan para peserta yang mengikuti program ini kerana di Selangor hanya di Sungai Besar sahaja yang membuka stesen JOTA. YB Noriah juga dapat berkomunikasi dengan YF2ZJH, stesen JOTA dari Pekalongan,Indonesia.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan aktiviti JOTA ini terutama kepada pihak SMK Dato' Mustaffa, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, ADC, pemimpin dan ahli pengakap serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam aktiviti JOTA ini. Beliau turut berjaya melakukan perhubungan radio dengan YC5ZJE, Stesen JOTA dari Paya Kumbuh, Indonesia.

Antara rakan radio amatur yang hadir 9M2IBR, 9W2TZE, 9W2APH, 9W2MJD, 9W2VND, 9W2VNS, 9W2NTO, 9W2VRR, 9W2FZV, 9W2KGV, 9W2VVQ, 9W2VJN, 9W2SBK, 9W2VVQ dan 9W2VVH.

Senarai Stesen yang berjaya dihubungi :

Stesen JOTA Malaysia (HF Band)
1. 9M4SJU - Batu Pahat, Johor
2. 9M$SJZ - Ibu Pejabat PPM, Kuala Lumpur
3. 9M4SJO - Taiping, Perak
4. 9M4SJQ - Kota Samarahan, Sarawak
5. 9M4CHE - Pulau Pinang
6. 9M4CJS - Johor Bahru, Johor
7. 9M8RC - Kuching, Sarawak

Stesen JOTA International (HF Band)
1. YF5ZZE - Batam, Indonesia
2. YB5ZZZ - Pekanbaru, Indonesia
3. YC5ZJH - Solo, Indonesia
4. YF2ZJH - Pekalongan, Indonesia
5. YB1ZZS - Bandung, Indonesia
6. YC5ZKZ - Padang, Indonesia
7. YB5ZYR - Riau, Indonesia
8. BW0S -Taiwan
9. VR2HKS - Hong Kong
10. 9V1SJ - Singapura

Stesen Radio Amatur (HF Band)
1. 9M2MM
2. 9M2AR (CW Mode)
3. V88AHV - Brunei
4. VU2VID - India
5. A52FJJ - Bhutan
6. DV9XO - Filiphina

Stesen Radio Amatur (2m Band)
1. 9M4SJO (Stn JOTA Taiping)
2. 9W2DMA
3. 9W2BPT
4. 9W2VVO
5. 9W2SLK
6. 9W2JTJ
7. 9W2FZV
8. 9W2APH

9W2VVH-L Gateway Echolink (JOTA Stn)
1. HE8S - WOSM HQ Geneva via HB9S
2. A47OS - Oman JStn via A41NC
3. ZS6SCT - South Africa
4. PE1OJR - Brazil via PF7DKW-L
5. GB0RSC - Great Britain via GW7VJK
6. GB2GCS - Great Britain
7. VK2IAU - Australia
8. VK2FMYL - Austarlia
9. CR5SME - Portugal via CR5HFJ
9. 9M4SJQ - Kota Samarahan Sarawak via 9W8WAT

9W2VVH-L Gateway Echolink (Radio Amatur)
1. 9W2TZE
2. 9W2VVH


Laporan oleh :
Hussairy 9W2VVH
9M4SJB Station Manager

Tuesday, September 15, 2009

5th APR JOTA 2009

PPM Negeri Selangor akan menyertai APR JOTA kali ini.
Stesyen JOTA PPM Negeri Selangor akan beroperasi di
SMK Puncak Alam pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009.
Difahamkan, Semasa APR JOTA ini nanti semua stesyen JOTA
di Malaysia akan menggunakan special callsign.
Bagi Stesen JOTA PPM Selangor menggunakan callsign 9M4SJG.

Beberapa ahli pengakap dari PPM Terlibat dalam menjayakan JOTA
antaranya:

1. Hussairy 9W2VVH

2. Pauzi 9W2APH

3. Azura 9W2VVQ

3. Ajir 9W2VRR

4. SWL Januri (Now 9W2VJN)

"Diari Daerah"

Keratan Akhbar Sinar Harian

Rabu 29 Julai 2009
ms S23 Sinar @ Kuala Selangor


Ringkasan Stesen Yang Dihubungi

Stesen JOTA Malaysia

  1. 9M4SJZ – Melaka 7.090
  2. 9M4SJU – JB, Johor 7.090
  3. 9M4SJK – Kedah 7.043
  4. 9M4SJW – WP K. Lumpur 7.083
  5. 9M4CJS – JB, Johor 7.090

Stesen JOTA Indonesia

  1. YB0ZS – DKE Jakarta 7.078
  2. YB5ZKZ – Kota Padang 7.095
  3. YB5ZKY – Jambi 7.090
  4. YC5ZJE – Paya Kumbuh 7.090
  5. YC5ZJH – Solo 7.099
  6. YC5ZJL – Padang 7.090
  7. YC0ZSG – Jakarta Selatan 7.095
  8. YC0ZJM – Kota Padang Panjang 7.080

Stesen Radio Amatur

  1. 9W2KGV 28.390
  2. 9W2NTO 28.390

Wednesday, May 20, 2009

JOTA MALAYSIA KEDUA 2009 - 9M1CSB



Lencana Khas JOTA PPM Sungai Besar


Y.B. Puan Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,
selaku YDP Majlis Pengakap PPM Daerah Sungai Besar
sedang QSO dengan Stesen JOTA 9M1CSZ


Baris depan dari kiri : En. Jamali Jaruti 9W2JGB (Pesuruhjaya Daerah),
En. Azlan 9M2AGC (Station Master), En. Fahtulhanif Md. Salleh
(Penolong Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam).
Berdiri dari kiri : En. Mohd Hussairy 9W2VVH (Penyelaras KERAP)
dan Hafizzudin 9W2VND (Kelana A) bersama peserta lain
semasa JOTA Malaysia Kedua 2009 baru-baru ini,



KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN
Sinar @ Sabak Bernam
21 Mei 2009, MS S21


[Klik pada gambar untuk besarkan paparan keratan akhbar]

QSL CARD


Stesen JOTA PPM Muar - 9M1CSF

Saturday, November 1, 2008

JOTA 2008 - JOTA PENGAKAP DUNIA KE-51


Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Sinar @ Selangor & KL
1 November 2008 MS S21

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH SUNGAI BESAR SERTAI
JAMBORI DI UDARA PENGAKAP DUNIA KE-51
The 51st World Scout Jamboree On The Air (JOTA)

Di kalangan pengguna radio amatur di seluruh dunia khususnya ahli pengakap sudah sedia maklum bahawa pada hujung minggu ketiga setiap bulan oktober akan diadakan program Jambori Di Udara (Jamboree On The Air – JOTA ) anjuran Pergerakan Pengakap Sedunia (World Organization Scout Movement – WOSM) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Demikian jelas Mohd Hussairy Sidek, Penolong Pesuruhjaya Daerah (Perhubungan) Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar merangkap Penyelaras Stesen JOTA 9M1CSB dalam menyertai aktiviti JOTA Pengakap Dunia Ke-51 kali ini yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bedena, Sungai Besar pada 18 dan 19 Oktober 2008 lalu.

Tambah beliau, Krew Kelana Komunikasi (Kelana Komunikasi) Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia bertindak sebagai penyelaras di peringkat nasional dan Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (9M4CSB) bagi negeri Selangor khususnya di daerah Sabak Bernam dengan menggunakan isyarat khas 9 M 1 C S B – bersempena dengan 100 tahun pengakap di Malaysia. Kali ini, Encik Abdul Mutalib Omar (9M2SQL) dilantik sebagai ‘Station Master’ bagi stesen JOTA 9M1CSB. Program JOTA ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Salehar bte Yaakop, Pengetua Kanan SMK Seri Bedena manakala Perasmian Penutup disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah Sungai Besar, Y.B. Puan Noriah binti Kasnon, merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan ahli parlimen Sungai Besar.

Berbanding JOTA Malaysia Pertama dan JOTA APR Ke-4 yang telah diadakah pada mei dan ogos lalu, JOTA kali ini dianggap sangat berjaya kerana penyertaan yang membanggakan iaitu seramai 160 orang ahli pengakap daripada pelbagai peringkat umur iaitu dari sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar daerah Sabak Bernam di samping berjaya menarik penyertaan pengakap dari Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Selain pengakap, ahli dari unit beruniform lain juga turut menyertai JOTA ini seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Puteri Islam, PBSM, Kadet JPA3 dan Kadet Bomba

Selain memberi pendedahan tentang perkembangan radio amatur, peserta turut dilatih tatacara berkomunikasi dan menggunakan radio amatur secara ‘simplex’ dalam kumpulan kecil sebelum berkomunikasi dengan pengakap dari stesen JOTA yang lain. Antara stesen JOTA yang berjaya dihubungi adalah 9M1CSZ – Stesen JOTA di Bukit Chincin, Genting Highlands, 9M4CMR(Johot – Muar), 9M1CSI (Johor – Segamat), 9M1CSN (Negeri Sembilan), 9M2PBP (Balik Pulau – P. Pinang), 9M1CSC (Pahang) dan 9M1CSR (Perlis). Bagi Stesen JOTA luar negara pula, stesen yang dapat dihubungi adalah YB0S – Stesen JOTA Ibu Pejabat Pramuka di Jakarta, YB5ZKZ (Padang), YC5ZJE (Paya Kumbuh), YC5ZJH (Solok) dan YC5ZJB(Bukit Tinggi), dan YF5ZZE (Batam). Kesemua stesen JOTA ini dihubungi melalui gelombang 7 Mhz, 14 Mhz dan 144 Mhz manakala melalui perisian Echolink – perantaraan internet – berjaya menghubungi stesen JOTA 9M4CBP di Kota Kinabalu, Sabah dan CE3BRA dari Chile.


Disediakan oleh :

MOHD HUSSAIRY BIN SIDEK
Penolong Peseruhjaya Daerah (Perhubungan)
PPM Daerah Sungai Besar
Merangkap
Penyelaras Kelab Radio Pengakap Sungai Besar (KERAP)
Callsign Kelab : 9M4CSB
Email : 9w2vvh@gmail.com
Web : http://www.9m4csb.blogspot.com/

JOTA 2008 - JOTA ASIA PASIFIK KE-4

Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Sinar @ Selangor & KL
9 Ogos 2008 MS S21

Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Sinar @ Selangor & KL
11 Ogos 2008 MS S29

JAMBORI DI UDARA RANTAU ASIA PASIFIK KE-4 2008
4th Asia Pasific Regional (APR) Jamboree On The Air (JOTA) 2008


“CQ, CQ, CQ JOTA, Di sini 9M1CSB (disebut ‘Nine Mike One Charlie Sierra Bravo’), Stesen JOTA Negeri Selangor, panggilan Over!”

Bagi yang kali pertama mendengarnya, kata-kata tersebut agak janggal bunyi sebutannya, tetapi bagi ahli pengakap yang menyertai JAMBORI DI UDARA RANTAU ASIA PASIFIK KE-4 pada 2 – 3 Ogos lalu bertempat di S.M.K. Sungai Besar, Sungai Besar, Selangor, sebutan sedemikian sudah menjadi kemestian apabila membuat panggilan kepada stesen JOTA lain dengan menggunakan peralatan radio amatur. Demikian jelas Mohd Hussairy Sidek, Penolong Pesuruhjaya Daerah (Perhubungan) Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar merangkap Penyelaras Stesen JOTA 9M1CSB dalam menyertai aktiviti APR JOTA kali ini yang dijalankan serentak di rantau Asia Pasifik.

Tambah beliau, untuk APR JOTA kali ini, Pengakap Negara Bangladesh menjadi pengelola bagi rantau Asia Pasifik manakala Krew Kelana Komunikasi (Kelana Komunikasi) Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia bertindak sebagai penyelaras di peringkat nasional dan Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar bagi negeri Selangor dengan menggunakan isyarat khas 9M1CSB – bersempena dengan 100 tahun pengakap di Malaysia. Bagi memastikan kelancaran stesen JOTA, Encik Abdullah bin Abd Samad (9M2DS) atau lebih mesra dipanggil Pak Dollah bertindak sebagai ‘Station Master’ bagi stesen JOTA 9M1CSB itu yang berkonsepkan rumah terbuka – peserta datang mengikut masa yang ditetapkan.

Berikutan kejayaan penganjuran JOTA Malaysia Pertama pada Mei lalu, sambutan daripada pemimpin dan ahli pengakap yang menyertai JOTA kali ini amat menggalakkan. Seramai 120 orang peserta terdiri daripada pemimpin dan ahli pengakap telah menyertai JOTA yang berlangsung selama dua hari tersebut. Lebih menarik lagi apabila terdapatnya penyertaan ahli dari unit beruniform lain iaitu ahli Tunas Kadet Remaja dan Persatuan Puteri Islam. Pasukan pengakap dari S.M.K. Dato’ Mustaffa, Pasir Panjang muncul sebagai penyertaan teramai dengan 49 ahli pengakap termasuk 10 pengakap kelana bagi sekolah menengah manakala S.K. Parit 4 Sungai Besar dengan penyertaan seramai 16 ahli pengakap bagi sekolah rendah.

Selain memberi pendedahan tentang perkembangan radio amatur, peserta turut dilatih tatacara berkomunikasi dan menggunakan radio amatur secara ‘simplex’ dalam kumpulan kecil sebelum mereka berpeluang berkomunikasi dengan menghubungi pengakap dari stesen JOTA yang lain. Melalui kaedah ini, peserta dapat berkomunikasi dan mengendalikan radio amatur dengan penuh keyakinan. Selain itu, peserta juga dapat belajar menggunakan isyarat Kod Morse (Morse Code) selain Kod Q (Q Code) iaitu bahasa kod yang sering digunakan dalam komunikasi radio amatur.

Antara stesen JOTA yang berjaya dihubungi adalah 9M1CSS – Stesen JOTA Negeri Sabah, 9M1CSW (WP Kuala Lumpur), 9M1SCJ (Johor – Johor Bahru), 9M1CSI (Johor – Segamat) dan 9M1CSP (Pulau Pinang). Bagi Stesen JOTA luar negara pula, stesen yang dapat dihubungi adalah BW0S – Stesen JOTA Taiwan dan selebihnya dari Indonesia iaitu YC0ZSF – Stesen JOTA Kepulauan Seribu, Sumetera Barat, YC5ZJL dan YB5ZKZ (Padang), YC5ZJE (Paya Kumbuh), YC5ZJH (Solo) dan YC8ZKD (Kendali, Sulawesi). Selain itu, beberapa stesen radio amatur turut dihubungi seperti 9W2APH, 9W2BBS, 9W2IBR, 9W2SIX, 9W2FRR, 9W2TGA dan BX4AN – Taiwan. Kesemua stesen JOTA dan radio amatur ini dihubungi melalui gelombang 7 Mhz, 14 Mhz dan 144 Mhz selain Internet dengan menggunakan perisian Echolink.

Bagi melengkapkan kalender JOTA tahun ini, Kelab Radio Amatur Sungai Besar merancang untuk menyertai Jambori Di Udara Pengakap Dunia Ke-51 (51st World Scout JOTA) pada 18 dan 19 Oktober 2008 nanti. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti JOTA dan radio amatur bolehlah menghubungi Mohd Hussairy Sidek, Penyelaras Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar ditalian 019-2585759 atau email 9w2vvh@gmail.com dan laman web http://www.9m4csb.blogspot.com/ .